Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mantan mufti Johor Ustaz Nooh Gadut cedera dalam kemalangan

Beliau berkata bahawa apabila tiba di tempat kejadian, kereta Mercedez Benz yang dipandu oleh mantan mufti Johor itu dipercayai terbabas sebelum menjunam ke dalam sebuah longkang.

Anggaran Waktu Membaca:
Mantan mufti Johor Ustaz Nooh Gadut cedera dalam kemalangan

Gambar kemalangan. (Gambar: Facebook/Nazri Adan)

Diterbitkan : 12 Aug 2018 10:11PM Dikemas Kini : 12 Aug 2018 10:18PM

JOHOR BAHRU: Penasihat Persatuan Agama Islam Johor, Ustaz Nooh Gadut menerima sembilan jahitan di bahagian dagunya setelah kereta yang dipandunya terlibat dalam sebuah kemalangan berdekatan rumahnya hari ini (12 Ogos).

Menurut ketua ACP polis daerah Johor Bahru Shahurinain Jais, Ustaz Nooh, 72 tahun, sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di Jalan Kemuncak 14, Taman Nong Chik apabila kemalangan tersebut berlaku pada sekitar jam 1.15 petang.

Beliau berkata bahawa apabila tiba di tempat kejadian, kereta Mercedez Benz yang dipandu oleh mantan mufti Johor itu dipercayai terbabas sebelum menjunam ke dalam sebuah longkang.

"Ustaz Nooh mengalami beberapa luka di bahagian dagunya dan luka di dahinya," beliau berkata sambil menambah bahawa mangsa tersebut dikejarkan ke Hospital Pakar KPJ Puteri dan sudah dibenarkan pulang. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan