Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mangsa meraung kesakitan tetapi orang ramai sibuk berswafoto

Sekiranya anda seorang mangsa kemalangan, sudah pasti anda mengharapkan bantuan.

Anggaran Waktu Membaca:
Mangsa meraung kesakitan tetapi orang ramai sibuk berswafoto

Antara gambar yang dipetik di tempat kejadian. (Gambar: Asian News International/ Twitter)

Diterbitkan : 16 Jul 2018 10:38PM Dikemas Kini : 16 Jul 2018 10:48PM

BARMER: Sekiranya anda seorang mangsa kemalangan, sudah pasti anda mengharapkan bantuan. Apatah lagi jika anda cedera parah dan di ambang maut.

Namun, bagi tiga mangsa kemalangan jalan raya di wilayah Barmer, orang-orang di sekeliling mereka sebaliknya sibuk mengambil gambar. Malah, ada yang berswafoto!

Dalam gambar yang tular di media sosial, kelihatan seorang lelaki yang tidak dikenali berswafoto di hadapan seorang mangsa.

(Gambar: Asian News International/ Twitter)

(Gambar-gambar: Asian News International/ Twitter)

Satu lagi gambar menunjukkan beberapa orang mengeremuni para mangsa tanpa melakukan apa-apa untuk membantu mereka. Justeru, mereka juga sibuk memetik gambar dan merakam video insiden tersebut.

(Gambar: Asian News International/ Twitter)

Menurut Times of India, tiga mangsa kemalangan itu dikenal pasti sebagai Parmanand, 27 tahun, Gemaram dan Chandaram yang masing-masing berusia 30 tahun. Semasa kejadian, mereka sedang menunggang motosikal. Malangnya, mereka dilanggar bas sekolah berdekatan kawasan Chautahan.

Dua daripada mereka mati di tempat kejadian, manakala seorang lagi meraung kesakitan dan menjerit meminta bantuan. Mangsa berkenaan berlumuran darah, lapor Times of India. Bagaimanapun, orang-orang di sekelilingnya tidak berbuat apa-apa dan sekadar merakam video.

Ketiga-tiga mangsa dikejarkan ke hospital sebaik sahaja polis tiba di tempat kejadian. Malangnya, mangsa yang pada awalnya meminta bantuan orang ramai, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Times of India difahamkan bahawa nyawa mangsa berkenaan boleh diselamatkan sekiranya beliau diberikan bantuan perubatan lebih awal.

Gambar-gambar insiden itu menjadi tular di media sosial dan ramai yang mengkritik mereka yang berada di tempat kejadian kerana tidak berhati perut. Ramai juga turut mempersoalkan trend berswafoto dalam kalangan masyarakat tempatan.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan