Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Makin ramai tentera dikerah ke Marawi selepas Duterte tolak rundingan dengan Maute

Lebih ramai tentera dihantar ke bandar Marawi, Filipina.

Anggaran Waktu Membaca:
Makin ramai tentera dikerah ke Marawi selepas Duterte tolak rundingan dengan Maute

Para askar di atas trak tentera di jalan-jalan raya utama Filipina. (Gambar: REUTERS/Romeo Ranoco)

Diterbitkan : 19 Jun 2017 05:33PM Dikemas Kini : 19 Jun 2017 05:35PM

MARAWI: Lebih ramai tentera dihantar ke bandar Marawi, Filipina.

Kerahan itu dilakukan selepas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menolak tawaran dari para pemimpin agama dan politik tempatan untuk berunding dengan kumpulan militan Maute.

Pertempuran antara tentera pemerintah Filipina dengan kumpulan militan Maute yang bersekutu dengan ISIS di Marawi sudah berlarutan empat minggu apabila tentera cuba menangkap pemimpin kumpulan Abu Sayyaf, Isnilon Hapilon.

Sebagai tindak balas, pihak Maute yang bersekutu dengan Abu Sayyaf menguasai sebahagian kawasan Marawi.

Sejauh ini lebih 320 orang dilaporkan terbunuh, sebahagian besarnya militan.

Pihak berkuasa percaya kumpulan militan itu mendapat dana dari penjualan dadah.

Semalam, tentera Filipina menemui 11 beg berisi dadah 'Ice' atau shabu dari kawasan-kawasan yang pernah diduduki Maute.

Dadah itu dianggarkan bernilai antara AS$2 juta (S$2.8 juta) hingga AS$5 juta (S$6.9 juta). 

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan