Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahinda Rajapaksa letak jawatan sebagai PM Sri Lanka, 7 minggu selepas dilantik

Encik Mahinda Rajapaksa meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Sri Lanka, tujuh minggu selepas beliau dilantik.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Dec 2018 08:31PM Dikemas Kini : 15 Dec 2018 10:29PM

SRI LANKA: Encik Mahinda Rajapaksa meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Sri Lanka, tujuh minggu selepas beliau dilantik.

Pelantikannya itu mencetuskan krisis politik di Sri Lanka.

Beliau menandatangani surat peletakan jawatannya di sebuah majlis di rumahnya di Wijerama petang tadi (5 Dis).

Menurut anak lelakinya, Encik Rajapaksa mengundurkan diri demi kemantapan negara.

Encik Rajapaksa adalah bekas penyokong kuat Presiden yang dianggap oleh beberapa orang sebagai wira yang mengalahkan pemberontakan oleh kumpulan pemisah Tamil pada 2009 selepas perang saudara yang berlarutan lama.

Peletakan jawatan itu diharap dapat menamatkan rebutan kuasa hampir dua bulan yang menjejas keyakinan terhadap kestabilan Sri Lanka.

Pada Oktober lalu, Presiden Maithripala Sirisena memecat Perdana Menteri sebelumnya, Ranil Wickremesinghe, dan menggantikannya dengan Encik Rajapaksa.

Sepanjang krisis tersebut, Encik Wickremesinghe mempertahankan bahawa beliau adalah Perdana Menteri yang sah.

Encik Wickremesinghe dijangka kembali menjadi Perdana Menteri dalam upacara angkat sumpah pagi esok (16 Dis).

Krisis yang mencetuskan pergaduhan di parlimen dan bantahan besar-besaran, diawasi oleh kuasa-kuasa besar serantau termasuk India, Amerika, China dan Kesatuan Eropah. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan