Images
  • mahathir japan
    (Gambar: Bernama)

Mahathir undang Jepun melabur di Malaysia

TOKYO: Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad mengundang Jepun untuk menjadi rakan kongsi dengan Malaysia dalam membangunkan negara Asia Tenggara itu.

Menurut laporan Malaysiakini, undangan berkenaan disampaikan dalam pertemuan Dr Mahathir dengan para pemimpin pertubuhan utama ekonomi Jepun pada Selasa (12 Jun).

Beliau berkata kerajaan baru di Malaysia yang dipimpinnya akan menjadi mesra peniagaan, menurut Malaysiakini.

Tambah Malaysiakini, Dr Mahathir berkata: "Kami tidak akan mempunyai terlalu banyak halangan atau prosedur birokrasi yang menghalang para pelabur asing."

Beliau sedang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Jepun.

- Agensi berita/TQ/tq

Top