Images
  • mahathir (3)
    PM Tun Dr Mahathir Mohamad  mengesahkan beliau mengeluarkan arahan larangan keluar negara terhadap mantan perdana menteri Najib Razak dan isteri.

Mahathir tidak setuju polis bertindak terhadap individu yang mengkritiknya

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak bersetuju bahawa tindakan diambil ke atas mana-mana individu yang mengkritiknya.

“Saya sudah maklumkan kepada pihak polis berkenaan ini. Undang-undang ini akan dikaji apabila Parlimen bersidang kelak,” kata beliau dalam catatan di laman Twitter hari ini.

Beliau memuat naik catatan berkenaan dengan pautan kepada laporan media berhubung penangkapan seorang lelaki di Langkawi berhubung kenyataan penghinaan yang keterlaluan di laman Facebook terhadap perdana menteri dan agama Islam.

Menurut laman Facebook Ibu Pejabat Polis (IPD) Langkawi, yang merupakan sumber berita berkenaan, penahanan suspek dibuat susulan laporan polis dibuat beberapa wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Catatan itu menyebut suspek direman sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut.

- BERNAMA/FA/fa

Komen Anda?

Top