Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahathir pakai selipar Bata keluaran 20 tahun dulu

Sebagai Perdana Menteri Malaysia, setiap tingkah laku Tun Dr Mahathir Mohamad diteliti orang ramai, termasuk pakaiannya. 

Anggaran Waktu Membaca:
Mahathir pakai selipar Bata keluaran 20 tahun dulu

Petikan skrin instastory yang menunjukkan Tun Mahathir menggunakan selipar Bata.

Diterbitkan : 17 May 2018 11:17PM Dikemas Kini : 17 May 2018 11:21PM

KUALA LUMPUR: Sebagai Perdana Menteri Malaysia, setiap tingkah laku Tun Dr Mahathir Mohamad diteliti orang ramai, termasuk pakaiannya.

Baru-baru ini, gambar beliau sedang duduk di kerusi dengan berkaki ayam di samping sepasang selipar di sebelah kakinya menjadi viral.

Gambar yang dikongsi pengguna Instagram @azranshah itu menjadi tumpuan ramai dengan jenama selipar tersebut hangat diperkatakan.

Jelas kelihatan bahawa sandal yang digunakan oleh Perdana Menteri tertua di dunia itu adalah produk biasa daripada jenama Bata yang hanya berharga RM12 (S$4.00).

Malah, Bata mengesahkan bahawa sandal yang dipakai pemimpin yang berusia 92 tahun itu adalah salah satu produknya.

Menjawab pertanyaan seorang pengguna di Facebook, ia menyatakan: "Ini adalah selipar keluaran Bata yang sudah berada di pasaran lebih 20 tahun. Dan hari ini pengguna laman sosial telah berkongsi gambar Tun memakainya. Bata yakin ini adalah selipar berkenaan."

Maka tidak hairanlah, Bata mengambil kesempatan daripada gambar viral itu untuk mengiklankan model sandal yang dipakai Dr Mahathir di laman Facebooknya dengan catatan yang berbunyi: "Ramadan 2018, barang panas seperti yang dipakai oleh Tun M, boleh didapati di Kedai Bata terdekat atau membeli secara atas talian."  

Sumber : Agensi berita/SM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan