Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahathir minta diberi lebih masa tunai janji 100 hari

Malaysiakini melaporkan bahawa beliau berkata janji itu dirangka berdasarkan maklumat yang ada pada mereka ketika itu tetapi keadaan kerajaan "jauh lebih teruk" berbanding jangkaan awal.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahathir minta diberi lebih masa tunai janji 100 hari

Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad. (Gambar fail: Kazuhiro Nogi/AFP)

Diterbitkan : 16 Aug 2018 05:34PM Dikemas Kini : 16 Aug 2018 05:38PM

MALAYSIA: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad meminta orang ramai supaya memberikan lebih masa untuk kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) menunaikan manifestonya. Ini menurut Malaysiakini.

Malaysiakini melaporkan bahawa beliau berkata janji itu dirangka berdasarkan maklumat yang ada pada mereka ketika itu tetapi keadaan kerajaan "jauh lebih teruk" berbanding jangkaan awal.

"Manifesto ditulis dengan apa yang kita tahu tentang kerajaan (sebelumnya). (Sekarang) Kami dapati keadaan jauh lebih buruk, jauh lebih banyak wang yang dipinjam.

"Ada kala kerajaan perlu diubah, kita tidak boleh (bekerja dengan berkesan) dalam keadaan yang tidak sesuai untuk apa yang kita mahu lakukan. Jadi kita kena buang orang. Semua perkara ini menghalang perkembangan," katanya kepada para wartawan selepas melancarkan Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur hari ini (16 Ogos).

Katanya lagi, ada juga perkara yang perlu mendapat kelulusan Parlimen - seperti merangka rang undang-undang - dan ia tentunya mengambil masa, lapor Malaysiakini lagi.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan