Images
  • mahathir
    Gambar: REUTERS.

Mahathir: M'sia bakal hubungi negara terlibat dalam 1MDB untuk kembalikan dana

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia komited untuk membayar segala hutang yang ada kaitan dengan 1MDB, jika ia dijamin oleh pemerintah.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Dr Mahathir berkata kerajaannya akan menghubungi negara-negara yang terlibat dalam skandal 1MDB, seperti Switzerland, Amerika Syarikat, Singapura dan Luxembourg, supaya mereka mengembalikan sebarang dana 1MDB yang mungkin mereka terima.

Dr Mahathir juga menegaskan pentingnya menghapuskan rasuah terutamanya yang melibatkan pentadbiran lalu.

"Untuk ini saya sudah diberi taklimat daripada pihak polis, daripada Ketua Audit Negara. Jelas sekali bahawa lebih banyak kesalahan yang telah dilakukan daripada yang diketahui oleh umum dan juga oleh saya.

"Jadi kita akan mengambil tindakan jika perlu. Kita akan membuat laporan polis dan apabila sampai kepada tahap yang mana kita boleh tangkap, kita akan berbuat demikian," kata Dr Mahathir.  

- CNA/MM/im

Komen Anda?

Top