Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahathir kutuk Israel bagi pembunuhan 60 penduduk Palestin

Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini (17 Mei) mengutuk Israel di atas kematian 60 rakyat Palestin semasa tunjuk-tunjuk perasaan di sempadan Gaza pada Isnin lalu (14 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Mahathir kutuk Israel bagi pembunuhan 60 penduduk Palestin

Gambar: REUTERS.

Diterbitkan : 17 May 2018 04:49PM Dikemas Kini : 17 May 2018 04:51PM

PETALING JAYA: Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini (17 Mei) mengutuk Israel di atas kematian 60 rakyat Palestin semasa tunjuk-tunjuk perasaan di sempadan Gaza pada Isnin lalu (14 Mei).

"Kita menentang pembunuhan orang awam oleh Israel. Kita bersimpati terhadap rakyat Palestin dan menentang Israel," kata beliau.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) tengah hari tadi.

Dr Mahathir berkata Malaysia menentang pemindahan pejabat Kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmakdis.

Laporan menyebut bahawa sejumlah rakyat Palestin sedang mengadakan bantahan terhadap pemindahan kontroversil itu apabila tentera Israel melepaskan tembakan terhadap mereka.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan