Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahathir: Kerajaan percepat pelantikan 10 menteri Kabinet, adakan mesyuarat Kabinet

Kerajaan akan mempercepatkan pelantikan 10 menteri Kabinet bagi membolehkan majlis angkat sumpah dan persidangan Dewan Rakyat diadakan secepat mungkin, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahathir: Kerajaan percepat pelantikan 10 menteri Kabinet, adakan mesyuarat Kabinet

Gambar: REUTERS.

Diterbitkan : 16 May 2018 06:34PM Dikemas Kini : 16 May 2018 06:35PM

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mempercepatkan pelantikan 10 menteri Kabinet bagi membolehkan majlis angkat sumpah dan persidangan Dewan Rakyat diadakan secepat mungkin, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata fasa pertama penubuhan kerajaan melibatkan pelantikan 10 menteri Kabinet diharap dapat diumumkan pada minggu ini supaya tugas kerajaan boleh dijalankan termasuk mengadakan mesyuarat Kabinet.

“Kerajaan boleh mengadakan mesyuarat Kabinet dengan 10 orang ini sahaja sementara kita isi 15 tempat lagi supaya kita dapat Kabinet penuh melibatkan 25 kementerian.

“Oleh kerana kita akan memakan masa, ada keperluan untuk kita mengadakan mesyuarat Parlimen secepat mungkin maka kita akan cuba percepatkan proses persidangan Dewan Rakyat dan angkat sumpah,” kata beliau semasa sidang media hari ini (16 Mei).

Dr Mahathir berkata usaha mempercepatkan proses pelantikan menteri Kabinet juga penting bagi membolehkan kajian berkenaan undang-undang yang perlu dimansuhkan dan perkara berkaitan dasar kerajaan sedia ada dapat dijalankan secepat mungkin.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan