Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahathir arah ucapan 'Salam 1Malaysia' dihentikan, termasuk 'barangan' 1Malaysia

Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir berkata slogan 1Malaysia akan digantikan dengan slogan yang lebih sesuai. 

Anggaran Waktu Membaca:
Mahathir arah ucapan 'Salam 1Malaysia' dihentikan, termasuk 'barangan' 1Malaysia

Logo 1Malaysia.

Diterbitkan : 16 May 2018 11:31PM Dikemas Kini : 16 May 2018 11:36PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir berkata slogan 1Malaysia akan digantikan dengan slogan yang lebih sesuai.

"Kita mungkin terpaksa tukar kepada slogan lain. Namun pada waktu ini, kita belum kenal pasti slogan yang sesuai," kata beliau hari ini (16 Mei).

Ini, lapor Malaysiakini, termasuklah ucapan seperti "Salam 1Malaysia", "Salam Negaraku" dan "Salam Negaraku Malaysia" akan dihentikan. Ia akan digantikan dengan ucapan "Assalamualaikum" atau "Salam Sejahtera".

1Malaysia diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak pada 2 April 2009. Ia bertujuan untu menyatukan rakyat Malaysia tidak kira bangsa atau agama.

Namun demikian, ia sesuatu yang kontroversil kerana ia tidak sejajar dengan pendirian Datuk Seri Najib sendiri yang tidak memperjuangkan hak kaum lain.

Ini bukanlah kali pertama slogan diperkenalkan oleh seorang Perdana Menteri Malaysia. Dalam pentadbirannya sebelum ini, Dr Mahathir pernah memperkenalkan slogan "Bersih, Cekap dan Amanah" dan mantan Perdana Menteri Abdullah Badawi pula menggunakan slogan "Cemerlang, Gemilang dan Terbilang."

Perdana Menteri Dr Mahathir belum mendedahkan slogan baru yang akan digunakan pentadbirannya.

Satu dokumen yang dibocorkan, menurut Malaysiakini, mendedahkan bahawa amalan memaparkan logo 1Malaysia pada kemeja korporat, sijil dan barangan lain juga diarahkan untuk dihentikan.

Ia turut mengarahkan kakitangan awam untuk menghentikan penggunaan pin 1Malaysia dan Negaraku.  

Sumber : Agensi berita/FA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan