Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Maha Firaun, F**katan, Umngok, Pascai dalam senarai 'Bahasa Terlarang'

Perkataan yang biasanya digunakan untuk mengutuk musuh politik disenaraikan dalam panduan "Bahasa Terlarang" SKMM

Anggaran Waktu Membaca:
Maha Firaun, F**katan, Umngok, Pascai dalam senarai 'Bahasa Terlarang'

Gambar fail seorang lelaki di hadapan komputer. (Gambar: Xabryna Kek)

Diterbitkan : 10 Aug 2018 08:13PM Dikemas Kini : 10 Aug 2018 08:15PM

KUALA LUMPUR: Beberapa perkataan yang biasanya digunakan untuk mengutuk musuh politik disenaraikan dalam panduan "Bahasa Terlarang" Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), lapor Malaysiakini.

Menurut Malaysiakini, beberapa perkataan yang biasanya digunakan oleh jaguh siber dan pahlawan papan kekunci di alam maya turut disenaraikan.

Ia termasuk perkataan 'Maha Firaun' yang digunakan untuk mengkritik Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, 'DAPig' untuk mengutuk DAP, 'Umngok' untuk menghina Umno dan 'Pascai' untuk menghina PAS.

Panduan tersebut disediakan oleh SKMM dengan bantuan Dewan Bahasa dan Pustaka, Lembaga Penapisan Filem, Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) dan Commercial Radio Malaysia (CRM).

"Menyedari kepentingan kesantunan bahasa dan usaha mempertingkatkan kualiti kandungan siaran dalam media penyiaran, rujukan industri ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman para pengamal media penyiaran dalam penyelarasan tafsiran dan suntingan berkaitan penggunaan bahasa terlarang khususnya bahasa kasar, kesat dan lucah," kata Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin.

Ia tidak menyebut secara langsung tindakan yang boleh dikenakan jika panduan itu dilanggar, menurut laporan Malaysiakini.

Sumber : Agensi berita/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan