Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Madinah tawar bas bawa jemaah haji 'keliling kota'

Anda pasti pernah melihat bas dua tingkat yang membawa para pelancong di sekitar kawasan bandar di banyak negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Madinah tawar bas bawa jemaah haji 'keliling kota'

Bas ini bakal membawa para jemaah keliling kota Madinah. (Gambar: Rabi Musa Saulawa/ Facebook)

Diterbitkan : 16 Aug 2018 10:46AM Dikemas Kini : 16 Aug 2018 10:49AM

JEDDAH: Anda pasti pernah melihat bas dua tingkat yang membawa para pelancong di sekitar kawasan bandar di banyak negara. Tidak lama lagi, para jemaah haji juga boleh keliling di sekitar kota Madinah dengan khidmat bas serupa yang diselia oleh Penguasa Pembangunan Madinah. Bas tersebut bakal membawa para jemaah ke tempat-tempat bersejarah Madinah, tapak-tapak komersial dan kawasan awam.

Khidmat itu adalah sebahagian daripada khidmat yang dilanjutkan kepada para jemaah haji dan pelawat-pelawat lain ke kota itu, lapor Arab News.

Bas itu bakal berhenti di 12 tempat termasuk Masjid Nabawi, Al-Manakha, pameran "Nama-Nama Allah", Pintu Al-Salam, Gunung Uhud, Pusat Beli-Belah Al-Noor, Jalan Abu Bakar, Masjid Al-Qiblatain, Masjid Al-Khandaq, Masjid Quba, Lebuh Raya Hejaz dan Lebuh Hias Quba.

Menurut Arab News, para jemaah boleh memulakan perjalanan di pintu selatan dan utara Masjid Nabawi. Perjalanan sebelah pagi bermula selepas waktu Subuh dan berakhir pada tengah hari dengan kekerapan bas setiap 30 minit.

Pada sebelah petang pula, bas akan berlepas selang 30 minit selepas waktu Zohor sehingga 11.00 malam (waktu tempatan).

Pihak berkuasa mengumumkan kesemua bas dua tingkat dilengkapi dengan ciri-ciri khusus bagi para jemaah berkeperluan khas. Khidmat penterjemahan juga disediakan dalam 12 bahasa sepanjang perjalanan.

Arab News melaporkan, langkah terbaru itu adalah sebahagian daripada komitmennya untuk meningkatkan lagi pengalaman para penduduk dan pelancong sejajar dengan Visi 2030 kerajaan.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan