Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia tarik balik 2 produk sardin tin China yang mengandungi cacing

Kementerian Kesihatan Malaysia semalam (19 Apr) menarik balik dua produk ikan sardin dalam tin dari China selepas ia didapati mengandungi cacing-cacing yang sudah mati.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Apr 2018 11:03AM Dikemas Kini : 20 Apr 2018 10:59PM

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia semalam (19 Apr) menarik balik dua produk ikan sardin dalam tin dari China selepas ia didapati mengandungi cacing-cacing yang sudah mati.

Dalam kenyataanya, pengarah besar Encik Noor Hisham Abdullah berkata analisis oleh Kementerian Kesihatan mendapati produk Sardin dalam Sos Tomato Tin TL Tan Lung yang dihasilkan Fujian Yongfa, serta Sardin TLC dalam Sos Tomato yang dihasilkan Dongshan Dongyi Foods, dicemari dengan nematod, sejenis cacing.

Agensi Pemantauan Makanan dan Ubat-ubatan Indonesia juga dilaporkan menarik semula produk-produk dari tiga pengimport China selepas ia juga menemukan cacing yang sudah mati dalam produk-produk tersebut.

"Kementerian kesihatan akan terus memantau sardin tin dan produk-produk ikan tenggiri yang diimport di semua pintu masuk dan kedai di merata negara," kata Encik Noor Hisham.

"Tindakan penguatkuasaan akan diambil sekiranya produk-produk tidak memenuhi Akta Makanan 1983." 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan