Images
  • pasport
    Pasport Encik Muhammad Fauzi yang dikoyak. (Gambar: Muhammad Fauzi/Facebook)

M'sia siasat pegawai imigresen yang didakwa koyakkan pasport lelaki S'pura

JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen Malaysia Johor mengesahkan satu siasatan sedang dijalankan terhadap seorang pegawainya yang didakwa mengoyakkan pasport seorang lelaki rakyat Singapura dan tidak membenarkan beliau masuk ke Malaysia.

Pengarah Imigresen Johor Rohaizi Bahari berkata, pihaknya memandang serius kes itu dan sedang meneliti bahan bukti, termasuk rakaman kamera televisyen litar tertutup.

Jabatan tersebut mengesahkan menerima aduan mengenai insiden itu pada 25 September dan sudah memulakan siasatan terhadap salah laku membabitkan pegawai imigresen yang dituduh merosakkan pasport seorang warga asing.

Encik Muhammad Fauzi, seorang rakyat Singapura mendakwa dalam satu catatan Facebook bahawa pasportnya dikoyakkan oleh seorang pegawai imigresen Malaysia di kaunter masuk Linkedua, bangunan Sultan Abu Bakar di Tuas.

Menurut Encik Muhammad Fauzi pegawai itu mengancam untuk tidak membenarkannya masuk Malaysia kecuali "Saya membayarnya duit kopi".

- CNA/NA/na

Top