Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia setuju mansuhkan hukuman mati

Kabinet Malaysia sebulat suara bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati, kata seorang menteri kanan hari ini (11 Okt), satu keputusan yang disokong kumpulan-kumpulan hak asasi manusia.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia setuju mansuhkan hukuman mati

(Gambar hiasan: AFP)

Diterbitkan : 11 Oct 2018 05:54PM Dikemas Kini : 11 Oct 2018 05:57PM

KUALA LUMPUR: Kabinet Malaysia sebulat suara bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati, kata seorang menteri kanan hari ini (11 Okt), satu keputusan yang disokong kumpulan-kumpulan hak asasi manusia.

Hukuman mati di Malaysia buat masa ini satu hukuman mandatori bagi kesalahan seperti membunuh, menculik, memiliki senjata api dan pengedaran dadah.

Pelaksanaan hukuman mati di Malaysia adalah menerusi teknik gantung - satu legasi dari zaman penjajahan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo mengesahkan kabinet sudah bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati.

"Saya harap undang-undang akan dipinda tidak lama lagi," katanya kepada AFP.

Kerajaan memutuskan untuk memansuhkan hukuman mati kerana ramai yang dengan keras membantah hukuman itu. Keputusan itu dialu-alukan penyokong hak asasi manusia.

"Hukuman mati sangat kejam, sesuatu yang tidak boleh dibayangkan sama sekali," kata N. Surendran, seorang penasihat kumpulan hak asasi tempatan menerusi kenyataannya.

Sebaik sahaja hukuman mati dimansuhkan, Malaysia mempunyai hak untuk memperjuangkan mereka yang berdepan dengan hukuman mati di luar negara, tambah beliau.  

Sumber : AFP/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan