Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia namakan mantan penyiasat skandal 1MDB sebagai Gabenor Bank Negara

Mantan timbalan gabenor Bank Negara, Nor Shamsiah Mohd Yunus yang terlibat dalam siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dinamakan sebagai teraju baru bank pusat itu menggantikan Muhammad Ibrahim yang meletak jawatan bulan ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Jun 2018 02:09PM Dikemas Kini : 22 Jun 2018 08:43PM

KUALA LUMPUR: Mantan timbalan gabenor Bank Negara, Nor Shamsiah Mohd Yunus yang terlibat dalam siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dinamakan sebagai teraju baru bank pusat itu menggantikan Muhammad Ibrahim yang meletak jawatan bulan ini.

Bloomberg memetik kenyataan seorang jurucakap Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang mengesahkan pelantikan Nor Shamsiah selepas namanya mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong.

Cik Nor Shamsiah sebelum ini terlibat dalam siasatan skandal dana negara sarat hutang 1MDB ketika menjadi timbalan gabenor Bank Negara Malaysia (BNM). Beliau memegang jawatan itu selama enam tahun sebelum berundur pada November 2016.

Beliau berkhidmat selama 30 tahun dengan BNM, terlibat dalam perancangan dasar tadbir urus kewangan, menyelia sektor perbankan, syarikat insuran dan takaful, risikan dan penguatkuasaan kewangan dan pengurusan bakat sumber manusia, lapor Malaysiakini.

Beliau juga terlibat dalam inisiatif diambil bank pusat ketika Krisis Kewangan Asia dan menyediakan Pelan Pembangunan Sektor Kewangan 2001 hingga 2010.

Sebagai timbalan pengarah, beliau bertanggungjawab dalam aspek pengurusan risiko bank pusat. Beliau juga adalah ahli Jawatankuasa Dasar Kewangan Bank dan ahli panel pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Selepas meninggalkan Bank Negara, Cik Nor Shamsiah bekerja dengan Dana
Kewangan Antarabangsa (IMF) di Washington sebagai pembantu pengarah Jabatan Kewangan dan Kapital Pasaran.

Menurut Malaysiakini, Encik Muhammad yang dilantik jadi gabenor pada Mei 2016 meletak jawatan bulan ini selepas persoalan timbul mengenai peranan bank pusat itu dalam urus niaga membeli tanah kerajaan yang dikaitkan dengan usaha langsai hutang 1MDB.

Beliau bagaimanapun menegaskan yang urus niaga itu telus dan dilakukan ikut prosedur dan keputusan meletak jawatan adalah kerana mahu menjaga integriti institusi awam dihormati ramai itu.

"Saya sedia melepaskan jawatan saya sekiranya saya tidak lagi dipercayai dan tidak mendapat sokongan umum. Saya tidak boleh secara sedar terus memegang jawatan sekiranya ia menjejaskan imej dan reputasi bank," ujar beliau. 

Sumber : Agensi berita/SU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan