Images
  • gst msia
    GST di Malaysia. (Gambar: AFP)

M'sia mansuhkan GST: Dari 6% kepada 0% jelang 1 Jun

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan Malaysia dalam kenyataan medianya hari ini (16 Mei) mengumumkan bahawa kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dimansuhkan sama sekali - bermakna daripada kadar enam peratus sekarang, kepada kadar sifar menjelang 1 Jun.

Pengumuman itu dibuat sejurus selepas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa beliau mengarahkan kerajaan untuk menghentikan kutipan GST.

Pemansuhan GST merupakan sebahagian daripada manifesto kerajaan baru Pakatan Harapan yang berikrar akan melaksanakannya dalam tempoh 100 hari, lapor Malaysiakini.

Hari ini menandakan hari ketujuh Pakatan Harapan berkuasa selepas ia menamatkan pemerintahan 61 tahun Barisan Nasional yang menerajui negara sejak kemerdekaan sehingga pilihan raya umum 9 Mei lalu. 

- Agensi Berita/FA/fa

Top