M'sia jadi tuan rumah mesyuarat pegawai S'pura, AS dan Switzerland bagi siasatan 1MDB
Malaysia menghoskan mesyuarat antara Singapura, Switzerland dan Amerika Syarikat berhubung siasatan terhadap 1MDB. Ini menurut Pejabat Peguam Negara (AGC) pada Jumaat (21 Sep).
KUALA LUMPUR: Malaysia menghoskan mesyuarat antara Singapura, Switzerland dan Amerika Syarikat berhubung siasatan terhadap 1MDB. Ini menurut Pejabat Peguam Negara (AGC) pada Jumaat (21 Sep).
Mesyuarat tersebut dihoskan oleh AGC di Putrajaya.
Menurut AGC, ia berharap agar mesyuarat itu akan menjadi tanda aras untuk usaha lebih besar pada masa akan datang.
"Kita mengucapkan terima kasih kepada delegasi luar negara kerana bersedia menghulurkan bantuan untuk membanteras penipuan dan jenayah rentas sempadan."
BAGAIMANA SINGAPURA, SWITZERLAND DAN AS TERLIBAT
Ketiga-tiga negara yang terlibat dalam mesyuarat tiga pihak itu turut terbabit dengan skandal 1MDB - yang terbesar dalam sejarah Malaysia, melibatkan lebih AS$10 bilion (S$14 biliion).
Pada September, Singapura diarahkan supaya memulangkan sekitar AS$11.2 juta (S$15 juta) - hanya sebagian kecil daripada jumlah keseluruhan yang dirampas Singapura sebagai sebahagian daripada siasatan berhubung skandal tersebut.
Pada 2016, pihak berkuasa Singapura menyatakan bahawa pihaknya sudah merampas wang tunai dan hartanah bernilai S$240 juta menyusuli siasatan terhadap dana 1MDB yang disalurkan menerusi Singapura.
Pada Julai tahun ini, penyiasat utama dari Switzerland mendedahkan bahawa dana 1MDB sudah digunakan untuk menipu.
Pejabat peguam negara di Switzerland mula menyiasat aliran dana 1MDB yang mencurigakan pada Ogos 2015 setelah beberapa urus niaga yang ada kaitan dengan dana Timur Tengah dikenal pasti oleh pihak berkuasa Switzerland.
Jabatan Keadilan Amerika Syarikat turut menyatakan pada Mei bahawa ia akan meneruskan siasatan terhadap skandal 1MDB.
Amerika Syarikat memfailkan beberapa aduan pada 2016 dan 2017 sedang negara itu cuba mendapatkan semula aset bernilai lebih AS$1.7 bilion (S$2.3 bilion) yang didakwa sudah disalahgunakan.
Aduan-aduan tersebut mendakwa bahawa lebih AS$4.5 bilion (S$6.1 bilion) digelapkan dari 1MDB dan dipindahkan menerusi rangkaian syarikat-syarikat palsu dan akaun-akaun bank di Amerika Syarikat dan negara-negara lain.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.