Images
  • tudung
    (Gambar: AFP/AXEL HEIMKEN)

M'sia diminta henti 'kawal' pakaian wanita; pegawai kerajaan dituduh seperti 'polis fesyen'

KUALA LUMPUR: Pelan Kerajaan Malaysia untuk memperkenalkan satu kod pakaian bagi golongan Muslimah di tempat kerja mencetuskan bantahan daripada kumpulan-kumpulan hak asasi wanita yang menuduh para pegawai kerajaan bertindak seperti "polis fesyen".

Golongan wanita di Malaysia, sebuah negara Islam yang mempunyai pelbagai kaum minoriti, dilarang masuk ke pejabat-pejabat kerajaan sebelum ini disebabkan pakaian yang dianggap tidak sopan, seperti skirt atau seluar pendek.

Mereka yang bekerja dalam perkhidmatan awam harus mematuhi peraturan-peraturan yang lazimnya melarang wanita daripada memakai baju tanpa lengan ataupun skirt pendek.

Namun, kerajaan Malaysia kini menyatakan bahawa ia sedang dalam tahap terakhir melakar garis panduan bagi golongan wanita Islam dalam sektor privet yang akan mematuhi prinsip-prinsip Islam.

Tiada sebarang perincian didedahkan secara terbuka, namun kumpulan-kumpulan hak asasi wanita menyelar tata pakaian itu. Tam Heang Lee dari Pertubuhan Bantuan Wanita menyifatkannya sebagai "menghina wanita".

Kontroversi terbaru itu mencetuskan semula perbahasan tentang konservatisme yang semakin meningkat dan hak tidak separa jantina di Malaysia yang menduduki tempat ke-104 dalam Indeks Jurang Jantina Forum Ekonomi Dunia 2017 yang melibatkan 144 negara, selepas mencatat prestasi buruk dalam bahagian pemerkasaan politik.

- Reuters/HS/hs

Top