Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia akan naikkan harga rokok

Harga jualan runcit bagi semua jenama rokok akan dinaikkan dalam tempoh tiga minggu lagi, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad. 

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia akan naikkan harga rokok

(Gambar: Regis Duvignau/AFP)

Diterbitkan : 16 Oct 2018 07:30PM Dikemas Kini : 16 Oct 2018 07:35PM

KUALA LUMPUR: Harga jualan runcit bagi semua jenama rokok akan dinaikkan dalam tempoh tiga minggu lagi, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata harga produk tembakau termasuk rokok perlu dinaikkan apabila terdapat kenaikan cukai berdasarkan Peraturan 8A Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

“Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) baru-baru ini akan menyebabkan harga bagi semua jenis produk tembakau termasuk rokok kena dinaikkan,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini (16 Okt).

Dalam pada itu, Dr Dzulkefly turut mengumumkan larangan penjualan minuman beralkohol kepada mereka yang berusia 21 tahun ke bawah berkuat kuasa serta-merta hari ini (16 Okt).

Beliau berkata semua penjual minuman beralkohol turut diwajibkan mempamerkan notis 'Meminum Arak Boleh Membahayakan Kesihatan' di hadapan lokasi premis masing-masing.

Katanya, minuman beralkohol yang dijual juga hendaklah dipamer di kabinet atau rak yang berasingan daripada kabinet atau rak makanan lain.

Dr Dzulkefly berkata kegagalan mematuhi mana-mana peraturan berkaitan minuman beralkohol merupakan satu kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 (S$3,314) atau dijatuhi hukuman penjara maksimum dua tahun.

Ditanya sama ada peraturan berkenaan perlu dipatuhi penganjur ‘Oktoberfest’, beliau berkata ia sepatutnya dipatuhi penganjur acara berkenaan. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan