Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lim Guan Eng pertahankan keputusan mansuhkan GST, digantikan dengan SST

Encik Lim menerangkan bahawa hanya separuh daripada barangan dan perkhidmatan akan dikenakan SST. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Jul 2018 06:35PM Dikemas Kini : 19 Jul 2018 09:12PM

MALAYSIA: Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng mempertahankan keputusan kerajaan Malaysia untuk memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6 peratus dan menggantikannya dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Beliau menolak dakwaan pihak pembangkang bahawa SST akan membebankan pengguna lebih daripada GST.

Encik Lim menerangkan bahawa hanya separuh daripada barangan dan perkhidmatan akan dikenakan SST.

Tambahnya, kerajaan akan meraih sekitar AS$5 bilion (S$6.9 bilion) dari SST berbanding hampir AS$11 bilion (S$15 bilion) dari GST.

Encik Lim juga menyalahkan pelaksanaan GST yang lemah sebagai punca harga meningkat lebih dari sepatutnya.

Ini apabila sebilangan perniagaan terpaksa memindahkan kos tambahan itu kepada para pengguna. 

Sumber : CNA/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan