Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

LGBT tidak harus dipinggirkan dari Islam, kata Fuziah

“Yang haram itu, tetap haram” tetapi lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) perlu ditangani dengan penuh ihsan dan hormat, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.

Anggaran Waktu Membaca:
LGBT tidak harus dipinggirkan dari Islam, kata Fuziah

Gambar fail tahanan serbuan yang dilancarkan di sebuah 'gay spa' di Indonesia. (Gambar: Beawiharta/ Reuters)

Diterbitkan : 14 Aug 2018 11:26PM Dikemas Kini : 14 Aug 2018 11:32PM

KUALA LUMPUR: “Yang haram itu, tetap haram” tetapi lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) perlu ditangani dengan penuh ihsan dan hormat, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.

Beliau berkata cara terbaik menangani isu tersebut ialah dengan tidak meminggirkan kumpulan itu dan tidak menjauhkan mereka daripada Islam.

“Pendirian kami ialah yang haram tetap haram dan tidak ada kompromi dalam hal itu. Tetapi isunya ialah di mana kita harus bermula dalam mengendalikan isu ini.

“Misalnya, isu LGBT, Islam tidak membenarkan ajaran di luar dari Al-Quran,” kata beliau.

Cik Fuziah berkata demikian semasa sesi soal jawab di Persidangan Undang-Undang Malaysia Antarabangsa (IMLC) 2018 hari ini (14 Ogos).

AMBIL PENDEKATAN BERBEZA

Beliau berkata jika masyarakat meminggirkan golongan itu, seperti yang berlaku sebelum ini, mereka akan sukar hidup dengan bermaruah kerana masyarakat tidak menerima mereka di tempat kerja dan menghalang mereka di tempat-tempat awam serta melihat mereka sebagai 'kotor'.

“Pendekatan boleh berbeza dan tidak perlu meminggirkan mereka. Malah dalam pertemuan dengan Nisha Ayub (aktivis transgender), beliau bercakap dengan kami tentang apa yang sudah beliau lakukan – menemui transgender dalam kalangan pekerja seks, dan mengenai pekerjaan untuk mereka.

“Kita juga bincangkan bagaimana kita boleh bekerjasama dengan agensi-agensi lain dengan menyediakan mereka kemahiran dan peluang yang wajar di tempat kerja.

“Kami bincang tentang cara mendekatkan mereka kepada Islam… Kami tawarkan pekerjaan dan perbincangan kepada mereka tetapi itu semua tidak dilaporkan oleh media. Kerana itu orang ramai salah faham tentang pendekatan kami,” tambah Cik Fuziah.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan