Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Letupan CityOne Megamall: Pemilik pusat beli belah tawar bantuan kewangan kepada mangsa

Pemilik CityOne Megamall di Kuching Stephen Long Tine Chung berkata, pihaknya akan memberikan bantuan kewangan kepada mangsa dan keluarga terdekat yang terlibat dalam kejadian letupan gas di situ pada Selasa (4 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Letupan CityOne Megamall: Pemilik pusat beli belah tawar bantuan kewangan kepada mangsa

Keadaan selepas insiden letupan di CityONE Megamall, Sarawak. (Gambar: VideoViral Malaysia)

Diterbitkan : 05 Dec 2018 07:34PM Dikemas Kini : 05 Dec 2018 07:35PM

KUCHING: Pemilik CityOne Megamall di Kuching Stephen Long Tine Chung berkata, pihaknya akan memberikan bantuan kewangan kepada mangsa dan keluarga terdekat yang terlibat dalam kejadian letupan gas di situ pada Selasa (4 Dis).

Encik Long, yang isterinya, Sim Ewe Kee dan menantu beliau, Johnny Lau Sie Yan turut cedera dalam kejadian yang menyebabkan kematian tiga orang dan mencederakan 44 yang lain, berkata beliau simpati dengan mangsa yang terlibat.

"Kami sangat sedih, bersedih atas kejadian ini di mana kami kehilangan tiga nyawa. Kini, apa yang boleh saya lakukan adalah menjaga kebajikan mereka, melawat mereka di hospital dan berikan bantuan kewangan kepada (tiga) keluarga mangsa yang meninggal dunia," katanya kepada para wartawan di tempat kejadian letupan gas itu hari ini (5 Dis).

Encik Long berkata keselamatan adalah keutamaan di CityOne Megamall dan pekerja dan rakan-rakan di restoran Nene Chicken, di mana letupan akibat kebocoran gas itu berlaku ketika mereka sedang melakukan persiapan terakhir untuk pembukaannya yang dijadualkan hari ini.

"Ramai yang amat teruja, namun satu letupan telah mengubah segala-galanya," kata Encik Long juga pengarah Kenbest Sdn Bhd yang menguruskan CityOne Megamall selain pemilik francais Nene Chicken di Sarawak.

Encik Long berkata ketika kejadian yang berlaku 3.30 petang semalam itu, menantunya Johnny berada di dapur Nene Chicken dan mengalami kecederaan terbakar 20 peratus akibat letupan itu manakala isterinya Cik Sim mengalami kecederaan ringan.

Sementara itu, anak lelaki Encik Long, Jonathan, yang juga berada di dalam kedai pada masa itu, memohon maaf selepas sikap aggresifnya terhadap orang ramai menjadi tular di media sosial.

"Saya dalam keadaan amat terkejut, segala-galanya runtuh di hadapan saya dan perkara pertama yang saya fikirkan adalah keselamatan orang yang berada di dalam," jelasnya.

Ketiga-tiga lelaki yang meninggal dunia dalam kejadian itu dikenal pasti sebagai O Kui Lim, 49, dan Tchee Kiam Jong, 24, dari Kuching, Sarawak dan Chin Hsien Loong, 29, dari Butterworth, Pulau Pinang.

Seorang pekerja pembinaan Indonesia, 29, juga merupakan antara 44 orang yang cedera dalam letupan gas tersebut. 

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan