Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki maut selepas terjun dari tingkat atas Masjidil Haram

Seorang jemaah nekad membunuh diri di Masjidil Haram, Arab Saudi, ketika solat terawih sedang berlangsung.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki maut selepas terjun dari tingkat atas Masjidil Haram

Gambar: Nyi Devisa/Facebook

Diterbitkan : 09 Jun 2018 02:16PM Dikemas Kini : 09 Jun 2018 04:46PM

MAKKAH: Seorang jemaah nekad membunuh diri di Masjidil Haram, Arab Saudi, ketika solat terawih sedang berlangsung.

Saudi News FR, menerusi catatan di Twitter rasminya melaporkan, siasatan awal mendedahkan bahawa lelaki berusia 26 tahun itu merupakan seorang warga Asia yang menetap di Eropah.

Urgent #Makkah:

Suicide d'un pélerin à la Mosquée Sacrée en plein Tarawih

Les premiers éléments de l'enquête : un homme asiatique ayant 26 ans et résident en Europe

La vidéo surveillance a permis de déterminer la cause de cet acte pic.twitter.com/yW3pXc6Ojk

— Saudi News FR (@SaudiNewsFR) June 9, 2018

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan lelaki tersebut terjun dari tingkat atas dan maut di tempat kejadian.

Pihak berkuasa Arab Saudi mendedahkan bahawa kenyataan mengenai kes tersebut akan dikeluarkan setelah siasatan polis selesai.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan