Images
  • accident johor
    Lelaki maut apabila kereta terbabas lalu melanggar tiang lampu di KM4 Jalan Skudai-Pantai Lido. (Gambar: Bomba Johor)

Lelaki maut kereta terbabas langgar tiang lampu Jalan Skudai

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki maut manakala tiga lagi cedera apabila kereta jenis Proton Iswara yang dinaiki mereka terbabas lalu melanggar tiang lampu di KM4 Jalan Skudai-Pantai Lido, awal pagi tadi (16 Dis).

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Supt Mohd Afzanizam Yahaya berkata mangsa yang maut dipercayai berusia 20-an tahun dan merupakan penumpang hadapan kereta terbabit manakala tiga yang cedera merupakan pemandu dan dua penumpang di bahagian belakang kenderaan dalam lingkungan usia 16 hingga 17 tahun.

Identiti kesemuanya masih belum dapat dikenal pasti kerana tidak membawa kad pengenalan ketika kejadian.

“Kejadian kira-kira 3.20 pagi itu dipercayai berpunca daripada keadaan jalan raya yang licin selepas hujan pada sebelah malamnya.

“Mangsa yang maut di tempat kejadian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah.

“Manakala tiga yang cedera, termasuk seorang yang parah di bahagian kepala, turut dibawa ke hospital sama,” katanya. 

- BERNAMA/AQ/aq

Top