Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki maut dipercayai dibelasah di Batu Caves

Seorang lelaki warga Malaysia ditemui mati dengan kecederaan parah selepas dipercayai dipukul di hadapan pasar raya Speedmart 99 di Sunway Batu Caves, Selangor awal pagi tadi (12 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki maut dipercayai dibelasah di Batu Caves

Gambar fail logo Polis Diraja Malaysia. (Gambar: AFP/Saeed Khan)

Diterbitkan : 12 Aug 2017 11:58AM Dikemas Kini : 12 Aug 2017 12:02PM

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Malaysia ditemui mati dengan kecederaan parah selepas dipercayai dipukul di hadapan pasar raya Speedmart 99 di Sunway Batu Caves, Selangor awal pagi tadi (12 Ogos).

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata polis menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 1.58 pagi.

“Mangsa yang berusia 41 tahun itu dipercayai dipukul oleh lebih daripada seorang individu, namun kita masih belum mengenal pasti objek yang digunakan untuk memukul mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Encik Ali berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada kepala dan muka.

Polis sedang memburu suspek dan motif pembunuhan masih dalam siasatan.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan