Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki maut dilanggar pesawat yang berlepas dari lapangan terbang Mosko

Seorang lelaki terbunuh akibat dilanggar pesawat di lapangan terbang terbesar Moscow semasa ia hendak berlepas, menurut para penyiasat Rusia pada Rabu (21 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki maut dilanggar pesawat yang berlepas dari lapangan terbang Mosko

Seorang lelaki terbunuh akibat dilanggar pesawat di lapangan terbang terbesar Moscow. (Gambar: Kirill Kudryavtsev/AFP)

Diterbitkan : 21 Nov 2018 11:03PM Dikemas Kini : 21 Nov 2018 11:06PM

MOSKO: Seorang lelaki terbunuh akibat dilanggar pesawat di lapangan terbang terbesar Moscow semasa ia hendak berlepas, menurut para penyiasat Rusia pada Rabu (21 Nov).

Agensi-agensi berita Rusia menukil beberapa sumber yang menyatakan bahawa lelaki itu sedang dalam persinggahan di Moscow dari Sepanyol. Dia dikatakan bergaduh di dalam pesawat.

Tidak dapat dipastikan bagaimana lelaki berusia 25 tahun itu, berada di landasan kapal terbang di mana mendiang dilanggar "sebuah pesawat Boeing 737 semasa ia hendak berlepas," menurut Jawatankuasa Siasatan Rusia menerusi satu catatan di Twitter.

Insiden tersebut berlaku di lapangan terbang Sheremetyevo pada sekitar jam 8.00 malam (waktu tempatan) pada Selasa (20 Nov) ketika pesawat itu berlepas menuju ke Athens.

Ketua pengawas penerbangan Rusia Alexander Neradko memberitahu agensi-agensi Rusia bahawa pesawat itu dikendalikan oleh Aeroflot.

Dalam video yang dimuat naik di Twitter para penyiasat berkata mereka menjumpai kot serta tali kasut lelaki tersebut di landasan kapal terbang. Tiada siasatan rasmi jenayah dilancarkan buat masa ini.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan