Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki maut dihempap keranda ibu

Seorang lelaki maut selepas ditimpa keranda ibunya ketika upacara pengebumian wanita itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki maut dihempap keranda ibu

Gambar: Newsway.co

Diterbitkan : 18 Jun 2018 09:06AM Dikemas Kini : 18 Jun 2018 09:12AM

MAKASSAR: Seorang lelaki maut selepas ditimpa keranda ibunya ketika upacara pengebumian wanita itu.

Dalam insiden Jumaat lalu (15 Jun) di Parinding, Sulawesi, J Samen Kondorura, 40 tahun, maut selepas pengusung keranda ibunya terjatuh ketika diangkat menaiki tangga buluh ke menara tempat si mati sepatutnya diletakkan (atau dikenali sebagai lakkian).

"Ketika keranda itu diangkat ke lakkian, tangga digunakan tiba-tiba beralih dan runtuh.

"Akibatnya, keranda itu jatuh lalu menimpa mangsa," kata Ketua polis Tana Toraja Julianto Sirait.

Video insiden itu yang viral di laman media sosial menunjukkan tangga beralih ketika keranda cuba dimasukkan ke dalam menara berkenaan lalu menyebabkan ia terjatuh ke tanah.

Mangsa diisytiharkan meninggal dunia di hospital.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan