Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki mabuk serang kanak-kanak kerana 'terlalu takut' lawan orang dewasa

Wei dituduh menyambar seorang kanak-kanak kecil di tepi jalan di Donglan, sebuah bandar di Guangxi, dan mencampakkan kanak lelaki itu ke lantai.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki mabuk serang kanak-kanak kerana 'terlalu takut' lawan orang dewasa

Gambar hiasan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 19 Jul 2018 05:49PM Dikemas Kini : 19 Jul 2018 05:51PM

CHINA: Seorang lelaki diberkas kerana disyaki mabuk dan menyerang tiga kanak-kanak di selatan China. Ini menurut laporan akhbar tempatan.

Suspek, bernama Wei, memberitahu polis bahawa dia meminum tiga botol arak pada hari Isnin (16 Jul) dan meskipun menjadi ganas tetapi terlalu takut untuk menyerang orang dewasa, lapor Guangxi Daily.

Wei dituduh menyambar seorang kanak-kanak kecil di tepi jalan di Donglan, sebuah bandar di Guangxi, dan mencampakkan kanak lelaki itu ke lantai.

Dia kemudian menendang seorang budak perempuan berusia tujuh tahun di luar sebuah kedai pakaian, dan menyerang seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, berdasarkan rakaman video.

Dua daripada kanak-kanak itu terpaksa dirawat kerana mengalami kecederaan ringan, manakala seorang lagi kanak-kanak yang berusia lima tahun masih dirawat di hospital.

Wei kini ditahan kerana berkelakuan ganas dan para pendakwa sedang menyiasat kes itu.

Bulan lalu, dua kanak-kanak ditikam hingga mati dan seorang lagi kanak-kanak cedera dalam serangan di luar sebuah sekolah di Shanghai. Seorang lelaki berusia 29 tahun sudah ditahan berhubung kes tersebut.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan