Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki guna seluar dalam sebagai topeng ketika merompak

Seringkali kita mendengar tentang insiden rompakan menggunakan teknologi canggih ataupun senjata. Ternyata, masih juga ada 'perompak kuno'.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki guna seluar dalam sebagai topeng ketika merompak

Petikan gambar video yang dimuat naik Jabatan Polis Leander.

Diterbitkan : 15 Jul 2018 10:21PM Dikemas Kini : 15 Jul 2018 10:40PM

TEXAS: Seringkali kita mendengar tentang insiden rompakan menggunakan teknologi canggih ataupun senjata. Ternyata, masih juga ada 'perompak kuno'.

Baru-baru ini, polis memburu seorang lelaki yang memecah masuk sebuah pejabat. Ia turut mengongsi rakaman CCTV di laman rasmi Facebooknya yang menunjukkan seorang lelaki memecah masuk bangunan melalui tingkap. Namun, apa yang menggelikan hati adalah, si perompak memakai seluar dalam di kepalanya untuk menyembunyikan wajahnya.

Menurut media tempatan, kejadian berlaku pada bulan Jun di syarikat Enchanted Rock and Landscape Supplies.

Klip CCTV yang berdurasi selama hanya beberapa saat itu menunjukkan seorang lelaki dengan seluar dalam yang menutupi wajahnya melihat tepat ke arah kamera. Ramai yang meninggalkan komen di Facebook juga kehairanan mengapa suspek tidak berfikir panjang dan meninggalkan kesan cap jarinya di merata pejabat berkenaan, lapor NDTV.

Seperti yang dijangkakan, video itu menjadi tular di Facebook kerana aksi perompak yang membuat ramai menggeleng kepala dan tertawa. Ia sudah ditonton lebih 200,000 kali dan dikongsi lebih 1,000 pengguna Facebook. Ramai tidak menyangka masih ada perompak yang akan menggunakan kaedah 'inovatif' untuk menyamar.

"Aksinya seperti ramai penjenayah menggunakan pakaian mereka sebagai topeng pada masa dahulu," tulis seorang pengguna Facebook seperti ditukil NDTV. "Ini Captain Underpants!!!" tulis seorang lagi.

Ini bukan pertama kali aksi perompak bertukar menjadi satu komedi dengan cara mereka menyamar. Dalam satu insiden berasingan di India baru-baru ini, seorang lelaki sekadar memakai beg plastik ketika ingin merompak, lapor NDTV. Dia diberkas tidak lama selepas itu.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan