Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki Florida dipenjara 15 tahun kerana merosakkan masjid

Seorang lelaki yang merosakkan sebuah masjid di Florida pada Januari 2016 dan meletakkan daging babi di pintu masjid itu, dihukum penjara 15 tahun atas kesalahan melakukan jenayah kebencian. Demikian menurut seorang jurucakap peguam negara semalam (6 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki Florida dipenjara 15 tahun kerana merosakkan masjid

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 07 Dec 2017 03:53PM Dikemas Kini : 07 Dec 2017 03:54PM

FORT LAUDERDALE: Seorang lelaki yang merosakkan sebuah masjid di Florida pada Januari 2016 dan meletakkan daging babi di pintu masjid itu, dihukum penjara 15 tahun atas kesalahan melakukan jenayah kebencian. Demikian menurut seorang jurucakap peguam negara semalam (6 Dis).

Michael Wolfe, 37 tahun, mengaku bersalah kelmarin (5 Nov) katas tuduhan melakukan kerosakan pada tempat ibadat.

Menurut polis, rakaman video daripada kamera pemantauan menunjukkan seorang lelaki dengan kepala bercukur memecahkan tingkap, kamera dan lampu dengan parang di masjid di Titusville, Florida, berhampiran Cape Canaveral.

Umat Islam diketahui diharamkan daripada makan daging babi, dan kumpulan pelampau menggunakan produk-produk babi untuk mengotorkan masjid, kata Majlis Perhubungan Amerika-Islam (CAIR).

CAIR Florida bersetuju dengan para pendakwa dan peguam bela dalam menentukan hukuman Wolfe.

"Masyarakat Muslim Florida terdedah kepada banyak kes jenayah kebencian yang tidak pernah berlaku sebelum ini," kata jurucakap CAIR Florida Wilfredo Ruiz dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam (6 Dis). "Banyak masjid dan institusi Islam dipecah masuk, dirosakkan, malah dibakar."

Wolfe juga dihukum 15 tahun probesyen, yang bermula selepas hukuman penjaranya. 

Sumber : Reuters/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan