Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki ditahan berhubung kejadian tembakan di kedai Petaling Jaya

Polis Malaysia sudah memberkas seorang lelaki untuk membantu dalam siasatan berhubung insiden tembakan di kedai serbaneka di Petaling Jaya pada Isnin (15 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ditahan berhubung kejadian tembakan di kedai Petaling Jaya

Tempat kejadian tembakan. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 16 Oct 2018 08:57PM Dikemas Kini : 16 Oct 2018 09:01PM

KUALA LUMPUR: Polis Malaysia sudah memberkas seorang lelaki untuk membantu dalam siasatan berhubung insiden tembakan di kedai serbaneka di Petaling Jaya pada Isnin (15 Okt).

Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata bahawa seorang lelaki berusia 35 tahun diberkas di kawasan itu pada jam 7.00 malam, hanya beberapa jam setelah insiden itu di Kota Damansara.

Menurut ACP Mohd Zani lagi, suspek kini ditahan sehingga Jumaat (19 Okt).

Seorang lelaki ditembak sebanyak tiga kali dan mengalami kecederaan di bahagian perut. Ia berlaku di depan kedai serbaneka 24-jam di Persiaran Tropicana pada jam 4.50 petang pada Isnin (15 Okt) setelah beliau membeli rokok di kedai itu.

Beliau dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk menerima rawatan.

"Mangsa tersebut masih dalam keadaan tidak sedarkan diri," menurut ACP Mohd Zani dalam satu kenyataan. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan