Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki direman 3 hari; belasah pekerja stesen minyak

Seorang lelaki direman tiga hari mulai hari ini (19 Okt) bagi membantu siasatan berhubung seorang pekerja stesen pam minyak di Sungkai, yang dipukul oleh sekumpulan lelaki akibat salah faham ketika mengisi minyak pada 6 Oktober lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Oct 2018 09:12PM Dikemas Kini : 19 Oct 2018 09:16PM

IPOH: Seorang lelaki direman tiga hari mulai hari ini (19 Okt) bagi membantu siasatan berhubung seorang pekerja stesen pam minyak di Sungkai, yang dipukul oleh sekumpulan lelaki akibat salah faham ketika mengisi minyak pada 6 Oktober lalu.

Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 25 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan, yang membenarkan permohonan polis untuk membantu siasatan menurut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Lelaki itu yang juga peniaga dari Cheras, Kuala Lumpur ditahan ketika menyerah diri di ibu pejabat Polis Daerah Tapah pada pukul 4.15 petang semalam (18 Okt).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, SAC Yahya Abd Rahman, dalam kenyataan hari ini (19 Okt) berkata seorang lagi suspek berusia 40 tahun yang ditahan di rumahnya di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada 17 Oktober lalu direman selama empat hari sehingga 21 Oktober.

Menurut beliau, lelaki itu mempunyai rekod jenayah mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan orang.

Pada Selasa lalu (16 Okt), Ketua Polis Daerah Tapah Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata dalam kejadian pada pukul 12.45 tengah hari, mangsa berusia 24 tahun sedang bekerja di kaunter stesen minyak berkenaan sebelum dihampiri sekumpulan penunggang motosikal yang mahu mengisi minyak.

“Salah seorang daripada lelaki tersebut memesan untuk mengisi minyak tetapi tidak memaklumkan kepada mangsa yang bertugas di kaunter untuk mengisi minyak jenis RON 97.

“Mangsa kemudiannya memberikan minyak RON 95, menyebabkan lelaki itu tidak berpuas hati sebelum sekumpulan kawan lelaki itu kembali semula ke kaunter dan menarik mangsa keluar biarpun mangsa telah meminta maaf,” katanya. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan