Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki curi beg tangan warga emas semasa solat di masjid

Tindakan seorang lelaki mencuri beg tangan seorang jemaah wanita yang sedang solat di sebuah masjid semalam (13 Jul) berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki curi beg tangan warga emas semasa solat di masjid

(Gambar fail: Masjid Al-Muttaqin Bandar Baru Putra/ Facebook)

Diterbitkan : 14 Jul 2018 10:40AM Dikemas Kini : 14 Jul 2018 10:46AM

IPOH: Tindakan seorang lelaki mencuri beg tangan seorang jemaah wanita yang sedang solat di sebuah masjid semalam (13 Jul) berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby berkata kejadian pada sekitar 9.10 malam itu dilaporkan berlaku di Masjid Al Muttaqin Bandar Baru Putra.

Berdasarkan aduan, mangsa yang merupakan seorang warga emas berusia 62 tahun, meletakkan beg tangan di hadapannya ketika menunaikan solat.

"Setelah selesai solat, mangsa mendapati beg tangan itu sudah tiada dan cuba menghubungi telefon bimbit miliknya di dalam beg berkenaan, namun gagal," kata ACP Ali.

ACP Ali menambah, selain telefon bimbit, beg tangan tersebut turut mengandungi dokumen pengenalan diri, kad bank dan wang tunai kira-kira RM500 (S$170).

"CCTV di tempat kejadian menunjukkan satu lelaki mengambil beg tersebut, bagaimanapun wajah suspek tidak jelas," katanya.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan