Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki cuba bakar kedai dek sangka ia milik orang Arab

Seorang lelaki cuba membakar sebuah kedai runcit di Florida semata-mata kerana menyangka ia milik orang Arab.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki cuba bakar kedai dek sangka ia milik orang Arab

(Gambar hiasan: AFP/Indranil MUKHERJEE)

Diterbitkan : 21 Mar 2017 12:17AM Dikemas Kini : 21 Mar 2017 12:22AM

FLORIDA, AMERIKA SYARIKAT: Seorang lelaki cuba membakar sebuah kedai runcit di Florida semata-mata kerana menyangka ia milik orang Arab.

Tetapi malangnya untuk lelaki itu, kedai tersebut bukan milik orang Arab seperti yang disangkanya, tetapi sebenarnya milik warga keturunan India.

Lelaki tersebut, Richard Leslie Lloyd, 64 tahun, kini menghadapi dakwaan sengaja membakar harta benda, menurut Al Jazeera yang menukil media tempatan.

MAHU HALAU ORANG ARAB DARI AMERIKA

Lloyd memberitahu polis bahawa dia cuba membakar kedai ‘Met Mart’ yang terletak di Port St Lucie itu untuk “menghalau orang-orang Arab keluar dari negara kami.”

Menurut saluran WPTV, Lloyd berkata beliau marah dengan orang Arab “atas apa yang mereka sedang lakukan di Timur Tengah.”

Polis menyatakan Lloyd menjalankan serangannya itu ketika kedai tersebut ditutup pada 10 Mac.

Lloyd mencetuskan kebakaran pada sebuah tong sampah dan membuangnya di hadapan kedai tersebut dengan harapan kebakaran lebih besar akan marak.

Apabila polis tiba di tempat kejadian, lelaki tersebut meletakkan kedua-dua tangannya di belakang tubuhnya dan berkata “Bawa saya pergi.”

DEMI "BERBAKTI KEPADA AMERIKA"

Lloyd ketika itu berkata dia menjalankan serangan itu untuk “berbakti kepada Amerika”, menurut Al Jazeera.

Polis menyatakan pihaknya akan memeriksa kesihatan mental Lloyd, dan terserah kepada para pendakwa raya untuk menentukan sama ada dia patut didakwa dengan tuduhan jenaya kebencian.

“Kami tidak akan membiarkan sebarang keganasan berdasarkan usia, kaum, warna kulit, keturunan, etnik, agama, orientasi seks, asal-usul kerakyatan, status gelandangan atau kurang keupayaan mental atau fizikal,” menurut polis.

Ia merupakan serangan terbaru menyasarkan masyarakat minoriti di Amerika Syarikat baru-baru ini.

Pada lewat Februari, seorang jurutera India di Kansas dibunuh dan dua lagi orang cedera setelah seorang lelaki yang menjerit kata-kata perkauman melepaskan tembakan terhadap mereka.

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan