Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki cedera ditembak selepas membeli rokok; 3 das dilepaskan

Seorang lelaki cedera ditembak di hadapan sebuah kedai serbaneka 24 jam di persiaran Tropicana, Kota Damansara petang tadi (15 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki cedera ditembak selepas membeli rokok; 3 das dilepaskan

Seorang lelaki cedera ditembak di hadapan sebuah kedai serbaneka 24 jam di persiaran Tropicana, Kota Damansara. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 15 Oct 2018 08:41PM Dikemas Kini : 15 Oct 2018 08:44PM

PETALING JAYA: Seorang lelaki cedera ditembak di hadapan sebuah kedai serbaneka 24 jam di persiaran Tropicana, Kota Damansara petang tadi (15 Okt).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata kejadian itu berlaku kira-kira 4.50 petang di tempat kejadian.

Beliau menambah, ketika itu mangsa baru sahaja selesai membeli rokok di kedai serbaneka berkenaan sebelum secara tiba-tiba ditembak seorang suspek.

“Mangsa yang berumur 35 tahun itu, cedera di bahagian perut dan polis percaya suspek melepaskan sebanyak tiga das tembakan ke atas mangsa.

“Suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta berwarna putih,” katanya.

Utusan Online difahamkan suspek memakai baju berwarna hitam dan putih.

ACP Zaini menjelaskan motif kejadian masih disiasat dan pihaknya mempercayai ada suspek lain yang terlibat dalam kes tersebut.

“Mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan lanjut dan sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.” tambah beliau. 

Sumber : Bernama/Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan