Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki Britain didapati bersalah rancang bunuh PM Britain Theresa May

Seorang lelaki warga Britain didapati bersalah pada Rabu (18 Jul) kerana cuba membunuh Perdana Menteri Theresa May.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki Britain didapati bersalah rancang bunuh PM Britain Theresa May

Perdana Menteri Britain Theresa May. (Gambar: HO/AFP)

Diterbitkan : 19 Jul 2018 02:14PM Dikemas Kini : 19 Jul 2018 02:16PM

LONDON: Seorang lelaki warga Britain didapati bersalah pada Rabu (18 Jul) kerana cuba membunuh Perdana Menteri Theresa May.

Naa'imur Rahman, 20 tahun, merancang untuk meledakkan bahan letupan untuk memasuki pejabat Downing Street dan kemudian menyerang Cik May dengan menggunakan pisau atau senapang.

Lelaki yang berasal dari utara London itu didapati bersalah kerana membuat persediaan untuk melakukan tindakan pengganasan.

Tahun lalu Britain menghadapi empat serangan yang mengakibatkan korban nyawa dan ketua agensi risikan negara tersebut MI5 menyatakan pada Mei bahawa 12 lagi rancangan serangan pengganas berjaya dipatahkan sejak Mac 2017.

Rancangan Rahman berjaya dipatahkan semasa dia berhubung secara online dengan orang-orang yang beliau sangka anggota kumpulan ISIS, bagi merancang serangan tetapi tanpa diketahuinya, dia sebenarnya berhubung dengan para pegawai Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) dan Khidmat Keselamatan (MI5) Britain yang menyamar diri.

Rahman kemudian ditangkap pada November tahun lalu sejurus selepas bertemu dengan pegawai penyiasat yang menyamar sebagai anggota ISIS dan mengambil dua bahan letupan palsu.

Ketua Komand Anti-Pengganasan Polis Metropolitan Dean Haydon mendedahkan bahawa Rahman sebelum ini berhubung dengan seorang pakciknya di Syria yang juga merupakan anggota ISIS, yang menggalakkan Rahman untuk melakukan serangan di Britain.

Rahman merancang selama dua tahun untuk melakukan serangan, namun keinginannya menebal apabila menerima berita pakciknya terbunuh dalam satu serangan dron, tambah Haydon.

Sumber : Reuters/AY/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan