Images
  • logo lego
    (Gambar fail: Reuters)

Lego kerjasama dengan Sesame Street bantu anak pelarian Rohingya, Syria

COPENHAGEN: Yayasan amal yang ditubuhkan oleh syarikat pembuat mainan Lego menghulurkan AS$100 juta (S$136.4 juta) kepada kumpulan bukan meraih keuntungan yang menerbitkan rancangan TV popular "Sesame Street" untuk membantu menyediakan mainan pendidikan kepada kanak-kanak mangsa krisis Rohingya dan Syria.

Kanak-kanak itu akan menerima buku cerita, permainan, video dan mainan teka-teki yang menampilkan boneka watak terkenal Sesame Street, kata Yayasan Lego pada Rabu (5 Disember).

"Dengan menyediakan pembelajaran berasaskan permainan kepada kanak-kanak mangsa krisis, kami dapat membantu mengurangkan kesan dipindahkan dari tempat tinggal jangka panjang dan trauma," kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan John Goodwin.

Yayasan Lego memiliki 25 peratus syarikat Denmark yang menghasilkan mainan batu bata, dan dibentuk oleh keluarga pengasas syarikat.

Yayasan Sesame akan bekerjasama dengan badan-badan termasuk BRAC yang berpangkalan di Bangladesh, badan pembangunan bukan pemerintah terbesar di dunia, untuk mendampingi kanak-kanak yang menjadi mangsa krisis Rohingya dan Syria.

Lebih 700,000 masyarakat Islam Rohingya melarikan diri dari serangan tentera di Myanmar tahun lalu, menurut agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kumpulan-kumpulan hak asasi manusia dan para aktivis Rohingya telah menganggarkan angka kematian akibat tindakan keras dalam lingkungan

Menurut Suruhanjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR), 68.5 juta orang di seluruh dunia dipindahkan dari tempat dinggal. Di kalngan mereka adalah kira-kira 25 juta pelarian, lebih separuh daripadanya berusia bawah 18 tahun.

- Reuters/TQ/tq

Top