Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih banyak mayat ditemui dari pesawat QZ8501

Pasukan pencari Indonesia hari ini menemui enam lagi mayat dari bangkai pesawat AirAsia QZ8501 apabila operasi mencari disambung semula hujung minggu lalu, menjadikan mayat yang ditemui sebanyak 89 kesemuanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih banyak mayat ditemui dari pesawat QZ8501

Sebuah helikopter Indonesia berligar-ligar di atas kapal Crest Onyx dalam operasi mengangkat ekor pesawat AirAsia dari Laut Jawa pada 9 Januari 2015. (Gambar: AFP/POOL/Adek Berry)

Diterbitkan : 03 Feb 2015 03:00PM Dikemas Kini : 03 Feb 2015 05:30PM

JAKARTA: Pasukan pencari Indonesia hari ini menemui enam lagi mayat dari bangkai pesawat AirAsia QZ8501 apabila operasi mencari disambung semula hujung minggu lalu, menjadikan mayat yang ditemui sebanyak 89 kesemuanya.

Pesawat malang itu membawa 162 penumpang dan anak kapal apabila ia terhempas di Laut Jawa, pada lewat Disember lalu.

Menurut Twitter, para penyelam dari badan mencari yang meneruskan operasi itu menjumpai lagi enam mayat di dasar Laut Jawa pada awal hari ini, termasuk empat lagi di dalam bangkai pesawat itu yang terletak sekitar 30 meter dari persisiran pantai Kalimantan. Dua lagi ditemui di bawah bangkai pesawat itu.

Angkatan tentera laut Indonesia sudah cuba menarik keluar bangkai pesawat AirAsia itu tetapi menghentikan operasi tersebut setelah beberapa usaha gagal minggu lalu.

Agensi mencari itu menghentikan operasi pencariannya minggu lalu, kerana perlu menambah minyak pesawat yang terlibat dalam operasi tersebut, serta pertukaran kakitangan yang terlibat dalam operasi berkenaan.

Operasi itu akan diteruskan lagi pada bila-bila masa minggu ini setelah pertimbangan lanjut dilakukan bagi menilai sama ada operasi tersebut harus dilanjutkan untuk mengeluarkan lebih banyak mayat daripada bangkai pesawat itu.

Agensi mencari itu juga menjelaskan bahawa para penyelam akan bergabung tenaga dengan para penyelam dari industri minyak dan gas Indonesia bagi menyediakan sokongan teknikal yang diperlukan. 

Sumber : Agensi berita/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan