Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih banyak bas mungkin dikerahkan di jalan utama semasa waktu sibuk

Lebih banyak bas boleh dikerahkan di jalan-jalan utama terutamanya semasa waktu-waktu sibuk bagi mengukuhkan lagi rangkaian pengangkutan awam.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Jan 2018 07:55PM Dikemas Kini : 21 Jan 2018 10:10PM

SINGAPURA: Lebih banyak bas boleh dikerahkan di jalan-jalan utama terutamanya semasa waktu-waktu sibuk bagi mengukuhkan lagi rangkaian pengangkutan awam.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) sedang menimbangkan kemungkinan itu, dedah Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan dalam satu catatan di laman Facebook.

Encik Khaw berkata langkah itu akan menyediakan semacam sandaran kepada rangkaian pengangkutan jika perlu.

Kenyataannya dibuat selepas beliau mengunjungi para pekerja MRT di stesen Raffles Place malam Sabtu (20 Jan).

Beliau diberi taklimat bagaimana sistem isyarat baru oleh syarikat Perancis Thales, membolehkan operasi laluan tunggal diadakan bagi MRT utara-selatan.

Encik Khaw menjelaskan, kereta api yang bergerak di kedua-dua arah kini boleh menggunakan terowong sehala, sementara terowong yang lagi satu, ditutup bagi kerja penyenggaraan.

Kelonggaran ini memberi para jurutera satu lagi pilihan apabila merancang kerja penyenggaraan, supaya tidak menyusahkan penumpang.

Encik Khaw juga berterima kasih kepada para penumpang kerana memahami khidmat kereta api perlu dibuka dan ditutup awal atau penutupan sepenuh hari, demi memberi masa tambahan kepada kakitangan melakukan kerja-kerja penyenggaraan.

Sumber : CNA/MM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan