Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 600 rumah terjejas dalam kebakaran hutan AS

Lebih 600 buah rumah di Ventura County di California, Amerika Syarikat, diarah agar dikosongkan berikutan kebakaran hutan kelmarin (4 Dis). Kebakaran hutan itu turut mengancam beberapa buah bandar termasuk Santa Paula, lapor agensi berita Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 600 rumah terjejas dalam kebakaran hutan AS

Kebakaran 'Thomas Fire' merebak ke laluan lebuhraya. (Gambar: Gene Blevins/ Reuters)

Diterbitkan : 06 Dec 2017 08:31AM Dikemas Kini : 06 Dec 2017 08:35AM

LOS ANGELES: Lebih 600 buah rumah di Ventura County di California, Amerika Syarikat, diarah agar dikosongkan berikutan kebakaran hutan kelmarin (4 Dis). Kebakaran hutan itu turut mengancam beberapa buah bandar termasuk Santa Paula, lapor agensi berita Xinhua.

Kebakaran yang digelar 'Thomas Fire' itu, berlaku kira-kira pukul 7.00 malam di kawasan Kolej Thomas Aquinas dan Stekel Park, kedua-duanya di bandar Santa Paula.

Ia kemudian merebak ke sepanjang kedua-dua bahagian Lebuhraya 150, yang kemudian terpaksa ditutup oleh pihak berkuasa.

Api marak dengan cepat, memusnahkan hampir 5,000 ekar (kira-kira 20 kilometer persegi) tanah, menurut pejabat syerif Ventura.

Melalui tweet NBC News, kira-kira 2,000 penduduk dilaporkan berada di bawah arahan pemindahan.

Menurut akhbar tempatan San Luis Obispo Tribune, bagi mengawal kebakaran daripada terus merebak, Jabatan Bomba Ventura County, meminta bantuan agensi pemadam kebakaran berdekatan dan pasukan tindakan kecemasan yang lain.

Usaha memadam kebakaran menggunakan helikopter tidak dapat diteruskan kerana keadaan angin kencang. Setakat ini tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan