Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 500 pekerja lapangan terbang di Istanbul ditangkap polis

Polis Turki menangkap lebih 500 orang kerana mengadakan tunjuk perasaan berkaitan pembinaan lapangan terbang ketiga bandar Istanbul.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Sep 2018 10:05PM Dikemas Kini : 16 Sep 2018 10:12PM

ISTANBUL: Polis Turki menangkap lebih 500 orang kerana mengadakan tunjuk perasaan berkaitan pembinaan lapangan terbang ketiga bandar Istanbul.

Para pekerja mengadakan tunjuk perasaan sebagai membantah terjadinya kematian dan nahas di tapak binaan lapangan terbang berkenaan serta keadaan tempat tinggal mereka yang buruk.

Kira-kira 35,000 orang bekerja dalam projek itu.

Pada Februari lalu, Kementerian Buruh Turki menyatakan bahawa 27 orang mati di tapak binaan lapangan terbang itu sejak kerja-kerja pembinaan bermula pada 2015.

Sebahagian besar kematian tersebut disebabkan oleh nahas di tempat kerja dan masalah kesihatan.

Namun, beberapa pekerja mendakwa bahawa jumlah kematian yang sebenar adalah lebih tinggi.

Lapangan terbang ketiga Istanbul itu merupakan salah satu daripada beberapa projek pembangunan mega yang dipelopori Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Apabila siap bulan depan, ia dikatakan menjadi lapangan terbang yang terbesar di dunia.

Fasa pertama pembangunannya membolehkan lapangan terbang itu untuk menguruskan 90 juta penumpang setahun dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 150 juta pada tahun 2023. 

Sumber : Reuters/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan