Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 500 balai polis M'sia hadapi masalah kekurangan kakitangan

Lebih separuh atau 500 daripada keseluruhan 791 balai polis seluruh negara Malaysia menghadapi masalah kekurangan kakitangan dan isu penjawatan, menurut Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Encik Asri Yusoff.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 500 balai polis M'sia hadapi masalah kekurangan kakitangan

Gambar fail polis Malaysia. (Gambar: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 21 Nov 2018 08:23PM Dikemas Kini : 21 Nov 2018 08:26PM

ISKANDAR PUTERI: Lebih separuh atau 500 daripada keseluruhan 791 balai polis seluruh negara Malaysia menghadapi masalah kekurangan kakitangan dan isu penjawatan, menurut Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Encik Asri Yusoff.

Menurut Encik Asri, kebanyakan balai itu kini diketuai oleh anggota yang hanya berpangkat sarjan yang menjalankan tanggungjawab selaku Ketua Polis Balai (OCS).

Tambahnya lagi, sekurang-kurangnya 35 anggota diperlukan bagi sesebuah balai polis beroperasi dengan lancar, dengan anggota sekurang-kurangnya berpangkat Deputi Superintenden (DSP) untuk mengetuai balai berkenaan.

“Namun, apa yang berlaku sekarang ialah 65 peratus daripada keseluruhan 791 balai polis di seluruh negara mempunyai kekurangan kakitangan,” kata Encik Asri, sambil menambah terdapat balai polis di Sabah dan Sarawak yang hanya mempunyai lima anggota dan ke bawah.

“Kebanyakan OCS daripada balai polis berkenaan itu juga hanya berpangkat Sub Inspektor hingga Sarjan,” kata beliau kepada para wartawan selepas majlis perasmian Balai Polis Tanjung Kupang, hari ini (21 Nov).

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai penyumbang kepada peningkatan anggota polis berpangkat rendah memilih untuk bersara awal.

“Mereka ini bila anak-anak dah habis bersekolah dan mula bekerja, mereka akan memilih untuk bersara awal,” katanya, sambil menambah tempoh bertugas yang lama melebihi lapan jam bagi sesuatu syif juga menyumbang kepada perkara tersebut," kata Encik Asri.  

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan