Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 50% penjara M'sia sesak

Lebih 50 peratus daripada 37 penjara di seluruh Malaysia yang menempatkan sebanyak 61,000 banduan, mengalami kesesakan, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri Nadzri Siron.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 50% penjara M'sia sesak

(Gambar hiasan: Reuters)

Diterbitkan : 19 Sep 2018 09:55AM Dikemas Kini : 19 Sep 2018 09:59AM

KOTA BHARU: Lebih 50 peratus daripada 37 penjara di seluruh Malaysia yang menempatkan sebanyak 61,000 banduan, mengalami kesesakan, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri Nadzri Siron.

Beliau berkata 20 penjara itu mengalami kesesakan berikutan bilangan banduan melebihi kapasiti sepatutnya.

“Penjara paling sesak dan mempunyai jumlah banduan tertingi adalah Penjara Pengkalan Chepa di Kota Bharu yang melebihi 2,900 banduan yang sepatutnya hanya dihuni oleh 1,500 penghuni sahaja,” kata Encik Nadzri.

Beliau menambah, bagi menangani kesesakan ini, usaha untuk mendapatkan peruntukan bagi penambahbaikan dan pembinaan bangunan baru, dijalankan.

“Penjara-penjara baru tidak mengalami kesesakan yang teruk kerana ia menggunakan konsep sel,” katanya.

Encik Nadzri juga berkata beberapa program turut dilaksanakan untuk mengurangkan kesesakan dalam penjara antaranya Program Pemulihan dan Pemasyarakatan (CRP) di enam kem tentera bagi banduan melaksanakan tugas luar penjara.

“Kita juga mengalakkan majikan yang sudi mengambil banduan sebagai pekerja mereka sebagai satu langkah untuk mengurangkan kesesakan dalam penjara,” katanya.

Beliau menambah, sebanyak 3,700 banduan muda berusia bawah 21 tahun menjadi penghuni penjara terlibat dengan dadah.

“Kerajaan sedang mengkaji undang-undang sedia ada untuk meletakkan mereka yang terlibat dengan masalah penagihan dadah ini di pusat-pusat pemulihan, dan bukan di penjara,” katanya.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan