Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 50 maut dalam sambutan Maulidur Rasul

Pihak berkuasa Afghanistan masih belum dapat mengenal pasti kumpulan yang mendalangi serangan pengebom nekad yang dahsyat di ibu kota Kabul pada Selasa malam (20 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Nov 2018 10:18PM Dikemas Kini : 21 Nov 2018 10:22PM

KABUL: Pihak berkuasa Afghanistan masih belum dapat mengenal pasti kumpulan yang mendalangi serangan pengebom nekad yang dahsyat di ibu kota Kabul pada Selasa malam (20 Nov).

Serangan itu dilancarkan di satu perhimpunan tokoh agama bagi sambutan Maulidur Rasul anjuran Majlis Ulama Afghanistan di bangunan Uranus Wedding Palace.

Seorang pengurus tempat itu berkata pengebom nekad meletupkan dirinya di tengah-tengah perhimpunan tersebut, yang dihadiri kira-kira 1,000 orang.

Sekurang-kurangnya 55 orang terbunuh dan lebih 70 lagi cedera. Jumlah korban jiwa itu adalah salah satu yang tertinggi dalam serangan-serangan di Afghanistan tahun ini.

Serangan terbaru itu berlaku ketika Taliban meningkatkan tekanannya terhadap tentera Afghanistan. Namun, kumpulan tegar itu menafikan terlibat dalam serangan tersebut, bahkan ia mengutuknya.

Presiden Afghanistan Ashraf Ghani pula menyifatkannya sebagai jenayah yang tidak boleh dimaafkan. Beliau juga mengisytiharkan hari ini (21 Nov) sebagai hari perkabungan negara.

Sumber : Reuters/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan