Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 300 penduduk dipindahkan akibat banjir di Simpang Renggam

Lebih 300 orang daripada 82 keluarga di Kluang dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) malam tadi (20 Jan) berikutan rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat yang berlarutan.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 300 penduduk dipindahkan akibat banjir di Simpang Renggam

Lebih 300 orang daripada 82 keluarga di Kluang dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 21 Jan 2018 03:12PM Dikemas Kini : 21 Jan 2018 03:27PM

JOHOR BAHRU: Lebih 300 orang daripada 82 keluarga di Kluang dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) malam tadi (20 Jan) berikutan rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat yang berlarutan.

Pengerusi Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata kawasan terjejas ialah Kampung Chokro, Kampung Shaari dan Kampung Kolam Air, kesemuanya di Simpang Renggam.

"Setakat ini, seramai 179 orang daripada 41 keluarga ditempatkan di  Balai Raya Kampung Chokro; 127 mangsa daripada 32 keluarga di Masjid As-Sobirin, Kampung Shaari dan 42 mangsa daripada sembilan keluarga di Dewan Kampung Kolam Air," katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Menurut beliau, ketiga-tiga pusat pemindahan itu dibuka secara berperingkat bermula 9.00 malam tadi hingga 1.00 pagi ini.

Berdasarkan pemantauan, air Sungai Kampung Chokro yang didapati melimpah dan memasuki rumah penduduk sebelum ini, sudahpun semakin surut setakat 8.00 pagi ini.

Bagaimanapun, paras air di Sungai Benut pula sudah melebihi aras berbahaya, tambahnya.

Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan