Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 29 juta penonton di AS saksikan upacara perkahwinan Putera Harry-Meghan Markle

Lebih 29 juta orang di Amerika Syarikat menonton siaran upacara perkahwinan Putera Harry dan pelakon Amerika Meghan Markle di telvisyen.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 29 juta penonton di AS saksikan upacara perkahwinan Putera Harry-Meghan Markle

Majlis perkahwinan Putera Harry dan pelakon Amerika Meghan Markle berlangsung pada Sabtu (19 Mei). (Gambar: Gareth Fuller / POOL / AFP)

Diterbitkan : 21 May 2018 09:12AM Dikemas Kini : 21 May 2018 09:19AM

WASHINGTON: Lebih 29 juta orang di Amerika Syarikat menonton siaran upacara perkahwinan Putera Harry dan pelakon Amerika Meghan Markle di televisyen.

Ini menurut rating Nielsen yang dikeluarkan pada Ahad (20 Mei).

Anggaran 29.2 juta penonton bagi upacara pada Sabtu (19 Mei) itu melebihi jumlah orang yang menonton upacara perkahwinan abang Putera Harry, iaitu Putera William dengan Kate Middleton.

Siaran upacara perkahwinan berkenaan ditonton oleh 22.8 juta orang.

Putera Harry dan Meghan disatukan dalam sebuah upacara di Windsor Castle, di mana mereka diraikan oleh sekitar 100,000 yang membanjiri sepanjang jalannya.

Pasangan itu bagaimanapun tidak dapat segera berbulan madu, kerana mereka dijadual menghadiri pesta taman amal bagi pewaris takhta Putera Charles di Buckingham Palace pada Selasa.

Sumber : AFP/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan