Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 100 orang di Hong Kong cedera akibat taufan Mangkhut

Taufan Mangkhut menyebabkan Hong Kong mengalami hujan lebat, banjir dan angin kencang walaupun taufan itu tidak melanda kawasan daratnya secara langsung.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 100 orang di Hong Kong cedera akibat taufan Mangkhut

Taufan Mangkhut membadai Hong Kong pada Ahad (16 Sep), menyebabkan kerosakan di jalan-jalan raya. (Gambar: Phoebe Wong)

Diterbitkan : 16 Sep 2018 09:41PM Dikemas Kini : 16 Sep 2018 09:44PM

HONG KONG: Taufan Mangkhut menyebabkan Hong Kong mengalami hujan lebat, banjir dan angin kencang walaupun taufan itu tidak melanda kawasan daratnya secara langsung.

Ia bergerak 100 kilometer daripada bahagian selatan wilayah pentadbiran khas China itu dengan angin sekencang kira-kira 200 kilometer sejam.

Sebelum ini, pihak berkuasa Hong Kong menaikkan amaran ancaman taufan ke paras tertinggi. Lebih 100 orang dilaporkan cedera akibat bencana alam itu.

Sejumlah bangunan pula mengalami kerosakan dan banyak pokok tumbang hingga menyebabkan beberapa batang jalan raya terpaksa ditutup.

Sementara itu, 7,000 keluarga pula terputus bekalan elektrik akibat taufan Mangkhut.

Sumber : CNA/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan